Tuesday, 4 December 2012

SIRI PERKONGSIAN ILMU ( 4 ) -Tulisan Murid Comot : Salah siapa ?



Seringkali guru-guru yang mengajar murid-murid tahap satu ( Tahun 1,2 dan 3 ) mengeluh dan merungut apabila melihat tulisan anak muridnya buruk, comot , tidak boleh dibaca dan sebagainya. Pelbagai persepsi negatif dilontarkan kepada murid. Guru-guru menghukum mereka dengan pelbagai tuduhan kononnya mereka malas, cuai, tidak ikut kata dan sebagainya. Mengapa kita menghukum mereka ? Apakah mereka yang bersalah? Secara peribadi admin menganggap bahawa kegagalan murid-murid kita menulis dengan kemas dan cantik merupakan kegagalan guru sebenarnya. Admin sekadar mengingatkan rakan guru, tugas kitalah untuk membimbing murid-murid kita menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. 

    Admin menyarankan beberapa langkah yang perlu dipraktikkan oleh para guru dan ibu bapa di rumah bagi memastikan tulisan murid-murid kemas dan cantik.

  • Cara memegang pensel mesti betul, gunakan kaedah memegang 'Three Port  Grip''.
  • Perbanyakkan latihan menulis tulisan cantik
  • Perbanyakkan latihan menulis tulisan berangkai
Perbetulkan perkara yang asas bagi menjamin kesempurnaan perkara yang seterusnya.

Sekian untuk kali ini.
ADMIN.


























Kaedah memegang alat tulis - Three Port Grip






Tulisan Berangkai


Sunday, 2 December 2012

Siri Perkongsian Ilmu ( 3 ) : Dari Blog Sahabatku Munsyi Dewan Wilayah Daksina










PREPAID ATAU PRABAYAR? Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, kita haruslah sedar bahawa bukan semua golongan yang mengetahui terjemahan atau padanan yang betul dalam bahasa Melayu bagi istilah/perkataan yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris.

Selepas golongan ini menggunakan bahasa Inggeris, mereka dikecam dan dianggap tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Saya percaya bahawa ini bukanlah suatu tindakan bijaksana untuk menyedarkan mereka. Pihak yang wewenang ataupun pihak yang mengetahuinya perlulah menyebarluaskan istilah yang telah digubal dalam bahasa Melayu ini untuk memudahkan pengguna bahasa.

Haruslah kita bersikap lebih adil dan berhemah dalam hal ini.Sebagai permulaan, saya perturunkan beberapa istilah yang telah digubal oleh DBP bagi bidang atau ranah tertentu, sebagai suatu inisiatif, mengikut swadaya yang ada dan dikurniakan Allah SWT. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh pengunjung blogku ini. Insya-Allah.
1 apartment - PANGSAPURI
2 back-drop - LATAR PENTAS
3 bungee jumping - TERJUN LELABAH
4 cash and carry - BAYAR DAN BAWA
5 check-in - DAFTAR MASUK
6 check-out - DAFTAR KELUAR
7 clearance sale - JUALAN PERABIS
8 coffee garden - UJANA KOPI
9coffee house - LAMIN KOPI
10 coffee shop - KEDAI KOPI
11 coffee terrace - ANJUNG KOPI
12 countdown - KIRA DETIK
13 cybercafe - KAFE SIBER
14 fitting room - BILIK ACU
15 homepage - LAMAN
16 homestay - PELANCONGAN DESA
17 homestead - TERATAK DESA
18 hypermarket - PASAR RAYA BESAR
19 jumbo sale - JUALAN RAKSASA
20 kiosk - KIOS/PONDOK
21 lakeside - PINGGIR TASIK
22 lounge - PERISTIRAHATAN
23 megamall - MEGAPURA


SUMBER : WITRA.BLOGSPOT.COM 

Thursday, 29 November 2012

SIRI PERKONGSIAN ILMU ( 2 ) :Pendidikan Anak-anak Bermula di Rumah

" Jika anda menginginkan anak-anak untuk  sesuatu, berusahalah menunjukkan sesuatu itu dalam hidup anda dan dalam kata-kata anda sendiri " Benn ( 1985 )


Seringkali kita mendengar ungkapan " Pendidikan bermula di rumah " . Pada pendapat admin, ungkapan seperti itu seharusnya diberi perhatian oleh semua ketua keluarga yang memikul amanah mengepalai sesebuah keluarga tidak kira  sama ada saiz keluarganya itu besar ataupun kecil.  

Mengapakah perlunya pendidikan keluarga ? Admin sekadar berkongsi ilmu berdasarkan pembacaan buku ilmiah, Pendidikan Keluarga memerlukan ibu bapa dan golongan yang lebih tua bertindak dengan bijak menyemai nilai serta ilmu kepada semua ahli keluarga. Ini penting untuk merealisasikan matlamat serta tujuan sebenar pendidikan keluarga.

Antara kepentingan Pendidikan Keluarga :

(a) Mencorakkan dan membina keperibadian insan kamil
(b)Membentuk rasa hormat dan membentuk akhlak yang mulia serta budi yang tinggi dalam kalangan anak-
   anak.
(c) Membentuk masa hadapan yang cemerlang untuk anak-anak melalui pendidikan bersepadu.
(d) Melakukan proses sosialisasi kepada anak-anak berdasarkan model dan contoh teladan yang dapat
  dicontohi daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.
(e) Menjadi medan latihan pelbagai bidang sebelum anak-anak melangkah dalam masyarakat
(f)  Memastikan mobiliti sosial untuk anak-anak meningkat ke tahap menjadi individu yang berilmu tinggi dan 
 berakhlak mulia. 

(g) Merangsang kematangan ahli keluarga
(h) Pendidikan keluarga yang berdasarkan rasa tanggungjawab, kemesraan, dan kasih sayang akan
     melahirkan ahli keluarga yang berjiwa tenang, gembira, dan memiliki emosi yang stabil.


Sumber rujukan :
Azizi Yahya et al.(2009).Modal Insan: Membentuk Keluarga Berkesan.Johor Darul Ta'zim: Universiti
         Teknologi Malaysia Press.

Friday, 23 November 2012

AKU CUBA MENYAMPAIKAN MESEJKU...





























Tajuk : Lelaki Akhir Abad Ini
Siaran :Julai 1999 - JELITA m.s 175





























Tajuk : Rinduku Tak Bermusim
Siaran :Disember 1997 - Seri Dewi & Keluarga m.s 138




















Tajuk : Muhasabah 1
Siaran :Julai 1997 - JELITA m.s 187



























Tajuk : Merdeka Ini..
Siaran :Januari 1997 - JELITA m.s 244



Tuesday, 13 November 2012

KE MANAKAH ANAK KITA PERGI SEMASA CUTI ?


Salam sejahtera,
Musim cuti sekolah telah bermula. Tentunya murid-murid kita berasa seronok, maklumlah mereka tidak perlu bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Mereka juga bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang mereka suka semasa cuti sekolah ini. Kepada para ibu bapa,admin sekadar mengingatkan, pastikan anak-anak kita bertindak atau melakukan sesuatu perkara itu dalam kawalan kita. Maklumlah budak-budak, mereka tidak pernah terfikir perkara yang mereka lakukan itu baik untuk mereka atau tidak. Yang penting bagi mereka..........SERONOK. 

Para ibu bapa yang dihormati,
Admin sekadar mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi 'menguruskan' cuti anak-anak kita:

1. Pastikan mereka ada jadual aktiviti semasa cuti
2. Solat menjadi agenda utama
3. Jika ada kelapangan, bawa mereka bercuti ke tempat-tempat yang boleh memberikan pengetahuan
    dan pengalaman
4. Hantar mereka ke kem- kem musim cuti seperti kem motivasi dan sebagainya
5.Jangan terlalu mengikut kehendak mereka sahaja sehingga mereka tersalah tafsir erti kasih sayang
    yang diberikan oleh  ibu bapa.
6. Pelawa mereka menolong kita dalam kerja-kerja yang mereka mampu buat
7.Ajak-ajak lah mereka bercampur dengan masyarakat...

Cukup sekadar itu...Selamat Bercuti.
ADMIN.



 

Saturday, 29 September 2012

KETERANGAN BLOG

 Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini :

Blog ini memfokuskan subjek  BAHASA MALAYSIA KSSR (SEKOLAH KEBANGSAAN) TAHUN 2 . Tema yang dipilih untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah TEMA 7 : SAYA ANAK MALAYSIA 
( Berdasarkan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Dua )

Semoga blog pembelajaran ini memberi manfaat kepada pengunjung.

Terima Kasih.

-Pengendali Blog. 


* Nota : Bahan P&P, Nota & Latihan  dalam blog ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut tema dan tajuk pengajaran-pembelajaran


TAJUK-TAJUK DI BAWAH TEMA : SAYA ANAK MALAYSIA

UNIT 24 - JALUR GEMILANG

  • Mari Berbual-Poskad Jalur Gemilang
  • Mari Baca-Cara Menghormati Jalur Gemilang 
  • Mari Tulis-Sambutan Hari Kemerdekaan
  • Tatabahasa -Imbuhan Awalan (ber-),(me-),(men-)
  • Mari Bernyanyi-Jalur Gemilang

UNIT 25- BAHASA KITA

  • Mari Bertutur-Pertandingan Mencipta Logo
  • Mari Baca-Minggu Bahasa Malaysia
  • Mari Betulkan-Gunakan Bahasa dengan Betul
  • Kata Ganda Penuh
UNIT 26-NEGARA KITA

  • Mari Ceritakan - Negara Malaysia
  • Mari Tulis- Lagu " Negaraku"
  • Mari Baca-Rukun Negara
  • Mari Berlakon-Lawatan ke Muzium Negara

UNIT 27- LAMBANG NEGARA

  • Mari Berbicara - Yang di-Pertuan Agong
  • Mari Berbincang- Alat Kebesaran Diraja
  • Mari Baca- Masjid Negara
  • Mari Betulkan- Bunga Raya
  • Ayat Penyata
  • Mari Berpantun