Tuesday, 13 November 2012

KE MANAKAH ANAK KITA PERGI SEMASA CUTI ?


Salam sejahtera,
Musim cuti sekolah telah bermula. Tentunya murid-murid kita berasa seronok, maklumlah mereka tidak perlu bangun pagi untuk pergi ke sekolah. Mereka juga bebas melakukan apa sahaja aktiviti yang mereka suka semasa cuti sekolah ini. Kepada para ibu bapa,admin sekadar mengingatkan, pastikan anak-anak kita bertindak atau melakukan sesuatu perkara itu dalam kawalan kita. Maklumlah budak-budak, mereka tidak pernah terfikir perkara yang mereka lakukan itu baik untuk mereka atau tidak. Yang penting bagi mereka..........SERONOK. 

Para ibu bapa yang dihormati,
Admin sekadar mencadangkan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi 'menguruskan' cuti anak-anak kita:

1. Pastikan mereka ada jadual aktiviti semasa cuti
2. Solat menjadi agenda utama
3. Jika ada kelapangan, bawa mereka bercuti ke tempat-tempat yang boleh memberikan pengetahuan
    dan pengalaman
4. Hantar mereka ke kem- kem musim cuti seperti kem motivasi dan sebagainya
5.Jangan terlalu mengikut kehendak mereka sahaja sehingga mereka tersalah tafsir erti kasih sayang
    yang diberikan oleh  ibu bapa.
6. Pelawa mereka menolong kita dalam kerja-kerja yang mereka mampu buat
7.Ajak-ajak lah mereka bercampur dengan masyarakat...

Cukup sekadar itu...Selamat Bercuti.
ADMIN.



 

19 comments:

  1. Panduan yang berguna kepada anak-anak dan ibu bapa... Terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Panduan yang berguna kepada anak-anak dan ibu bapa juga. Terima kasih..

    ReplyDelete
  3. Panduan yang berguna untuk anak-anak dan juga ibu bapa. Terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas peringatan dan perkongsian ilmu yg berguna. Blog yng ceria dan berinformasi. Tahniah

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti ... penduan yg sangat berguna .... tkasih

    ReplyDelete
  6. Cikgu memang merupakan seorang guru yang prihatin terhadap anak-anak murid kerana memberi pesanan yang begitu baik kepada ibu bapa, murid-murid dan juga masyarakat. Syabas cikgu kerana membina Blog yang cantik dan baik!

    ReplyDelete
  7. amat baik untuk peringatan para pelajar

    ReplyDelete