Thursday, 29 November 2012

SIRI PERKONGSIAN ILMU ( 2 ) :Pendidikan Anak-anak Bermula di Rumah

" Jika anda menginginkan anak-anak untuk  sesuatu, berusahalah menunjukkan sesuatu itu dalam hidup anda dan dalam kata-kata anda sendiri " Benn ( 1985 )


Seringkali kita mendengar ungkapan " Pendidikan bermula di rumah " . Pada pendapat admin, ungkapan seperti itu seharusnya diberi perhatian oleh semua ketua keluarga yang memikul amanah mengepalai sesebuah keluarga tidak kira  sama ada saiz keluarganya itu besar ataupun kecil.  

Mengapakah perlunya pendidikan keluarga ? Admin sekadar berkongsi ilmu berdasarkan pembacaan buku ilmiah, Pendidikan Keluarga memerlukan ibu bapa dan golongan yang lebih tua bertindak dengan bijak menyemai nilai serta ilmu kepada semua ahli keluarga. Ini penting untuk merealisasikan matlamat serta tujuan sebenar pendidikan keluarga.

Antara kepentingan Pendidikan Keluarga :

(a) Mencorakkan dan membina keperibadian insan kamil
(b)Membentuk rasa hormat dan membentuk akhlak yang mulia serta budi yang tinggi dalam kalangan anak-
   anak.
(c) Membentuk masa hadapan yang cemerlang untuk anak-anak melalui pendidikan bersepadu.
(d) Melakukan proses sosialisasi kepada anak-anak berdasarkan model dan contoh teladan yang dapat
  dicontohi daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua.
(e) Menjadi medan latihan pelbagai bidang sebelum anak-anak melangkah dalam masyarakat
(f)  Memastikan mobiliti sosial untuk anak-anak meningkat ke tahap menjadi individu yang berilmu tinggi dan 
 berakhlak mulia. 

(g) Merangsang kematangan ahli keluarga
(h) Pendidikan keluarga yang berdasarkan rasa tanggungjawab, kemesraan, dan kasih sayang akan
     melahirkan ahli keluarga yang berjiwa tenang, gembira, dan memiliki emosi yang stabil.


Sumber rujukan :
Azizi Yahya et al.(2009).Modal Insan: Membentuk Keluarga Berkesan.Johor Darul Ta'zim: Universiti
         Teknologi Malaysia Press.

19 comments:

  1. Paparan yang menarik dan berinformasi.TQ for sharing..

    ReplyDelete
  2. Bayi yang dilahirkan seperti kain putih, ibubapalah yang mula mencorakkannya

    ReplyDelete
  3. Bayi seperti kain putih, ibubapalah yang mula mencorakkanya

    ReplyDelete
  4. Tahniah, terdapat banyak informasi yang sangat berfaedah dapat dikongsi oleh ibubapa dan pelajar.

    ReplyDelete
  5. Maklumat yang sungguh berguna kepada kita semua sebagai guru. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  6. cantik betul blog ni
    banyak maklumat dan susunan yang kemas
    sila komen blog saya juga untuk
    penambahbaikan
    http://prasktpj2.blogspot.com/

    ReplyDelete