Sunday, 2 December 2012

Siri Perkongsian Ilmu ( 3 ) : Dari Blog Sahabatku Munsyi Dewan Wilayah Daksina










PREPAID ATAU PRABAYAR? Dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu, kita haruslah sedar bahawa bukan semua golongan yang mengetahui terjemahan atau padanan yang betul dalam bahasa Melayu bagi istilah/perkataan yang lazim digunakan dalam bahasa Inggeris.

Selepas golongan ini menggunakan bahasa Inggeris, mereka dikecam dan dianggap tidak mendaulatkan bahasa Melayu. Saya percaya bahawa ini bukanlah suatu tindakan bijaksana untuk menyedarkan mereka. Pihak yang wewenang ataupun pihak yang mengetahuinya perlulah menyebarluaskan istilah yang telah digubal dalam bahasa Melayu ini untuk memudahkan pengguna bahasa.

Haruslah kita bersikap lebih adil dan berhemah dalam hal ini.Sebagai permulaan, saya perturunkan beberapa istilah yang telah digubal oleh DBP bagi bidang atau ranah tertentu, sebagai suatu inisiatif, mengikut swadaya yang ada dan dikurniakan Allah SWT. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh pengunjung blogku ini. Insya-Allah.
1 apartment - PANGSAPURI
2 back-drop - LATAR PENTAS
3 bungee jumping - TERJUN LELABAH
4 cash and carry - BAYAR DAN BAWA
5 check-in - DAFTAR MASUK
6 check-out - DAFTAR KELUAR
7 clearance sale - JUALAN PERABIS
8 coffee garden - UJANA KOPI
9coffee house - LAMIN KOPI
10 coffee shop - KEDAI KOPI
11 coffee terrace - ANJUNG KOPI
12 countdown - KIRA DETIK
13 cybercafe - KAFE SIBER
14 fitting room - BILIK ACU
15 homepage - LAMAN
16 homestay - PELANCONGAN DESA
17 homestead - TERATAK DESA
18 hypermarket - PASAR RAYA BESAR
19 jumbo sale - JUALAN RAKSASA
20 kiosk - KIOS/PONDOK
21 lakeside - PINGGIR TASIK
22 lounge - PERISTIRAHATAN
23 megamall - MEGAPURA


SUMBER : WITRA.BLOGSPOT.COM 

13 comments:

  1. blog yg menarik...vocabulary yg dikongsikan juga berguna untuk semua..terima kasih untuk perkongsian ini

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu Roziatuleafizal Yahaya..hamba hanya sebagai penyalur ilmu yang disampaikan oleh insan yang lebih pakar dalam bidangnya.

    ReplyDelete
  3. Blog yang bagus. Sangat memberi bimbingan dalam menjadi pengguna bahasa yang baik.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Cikgu Norazreen..hamba hanya menyalurkan ilmu yang disampaikan oleh insan yang lebih pakar dalam bidangnya.

    ReplyDelete
  5. Salam..blog yg snggh menarik..maklumat yg dismpaikan amat berguna..tahniah..

    ReplyDelete
  6. cemerlang,gemilang,terbilang,bagus cikgu.

    ReplyDelete
  7. blog yang menarik dan memberi manfaat bukan hanya kepada murid bahkan kepada rakan guru.

    ReplyDelete