Tuesday, 4 December 2012

SIRI PERKONGSIAN ILMU ( 4 ) -Tulisan Murid Comot : Salah siapa ?



Seringkali guru-guru yang mengajar murid-murid tahap satu ( Tahun 1,2 dan 3 ) mengeluh dan merungut apabila melihat tulisan anak muridnya buruk, comot , tidak boleh dibaca dan sebagainya. Pelbagai persepsi negatif dilontarkan kepada murid. Guru-guru menghukum mereka dengan pelbagai tuduhan kononnya mereka malas, cuai, tidak ikut kata dan sebagainya. Mengapa kita menghukum mereka ? Apakah mereka yang bersalah? Secara peribadi admin menganggap bahawa kegagalan murid-murid kita menulis dengan kemas dan cantik merupakan kegagalan guru sebenarnya. Admin sekadar mengingatkan rakan guru, tugas kitalah untuk membimbing murid-murid kita menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. 

    Admin menyarankan beberapa langkah yang perlu dipraktikkan oleh para guru dan ibu bapa di rumah bagi memastikan tulisan murid-murid kemas dan cantik.

  • Cara memegang pensel mesti betul, gunakan kaedah memegang 'Three Port  Grip''.
  • Perbanyakkan latihan menulis tulisan cantik
  • Perbanyakkan latihan menulis tulisan berangkai
Perbetulkan perkara yang asas bagi menjamin kesempurnaan perkara yang seterusnya.

Sekian untuk kali ini.
ADMIN.


























Kaedah memegang alat tulis - Three Port Grip






Tulisan Berangkai


33 comments:

  1. Teringat zaman sekolah dahulu, menulis tulisan berangkai. Cara memegang pensel memang merupakan salah satu daripada cara memperbaiki tulisan kita. Namun, sekarang terlalu banyak buku kerja dan latihan mengisi tempat kosong menyebabkan murid tidak menitik beratkan tulisan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi maklumat .

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana berkongsi maklumat .

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kerana berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kerana berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana berkongsi maklumat

    ReplyDelete
  10. Tahniah Cikgu Azahar! Teruskan usaha murni cikgu dengan mengemaskini blog ini. Mudah-mudahan perkongsian ilmu ini berpanjangan dan terus dapat dimanfaatkan oleh semua pengunjung. Syabas!

    ReplyDelete
  11. Tahniah. Banyak pengetahuan yang saya dapat dari blog ini walaupun saya bukan guru BM namun saya boleh mengaplikasikan kepada anak-anak saya. Syabas.

    ReplyDelete
  12. Guru yang prihatin dan bertanggungjawab kerana menyediakan maklumat yang mengenai kaedah memegang alat tulis.Memang tidak dinafikan bahawa ramai murid masih tidak tahu cara yang betul untuk memegang pensel.Jadi,ini amat berguna dan memanfaatkan murid-murid.Tahniah Cikgu Azahar.

    ReplyDelete
  13. Terima Kasih kerana memaparkan blog yang penuh infofmasi...

    ReplyDelete
  14. Terima kasih kerana berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  15. Saya sebenarnya bersetuju dengan pernyataan yang dipaparkan oleh admin. Secara peribadi saya juga ingin nyatakan di sini bahawa kebanyakan guru kurang prihatin dan memandang remeh terhadap tulisan murid. Sepatutnya dari tahun 1 hinggalah tahun-tahun berikutnya guru-guru memandang serius terhadap tulisan murid, bukan sahaja di kalangan guru bahasa, malahan guru-guru mata pelajaran lain. Sekiraanya mendapat kerjasama daripada semua guru mata pelajaran, maka masalah tulisan comot, buruk, cakar ayam, tulisan doktor, cacing kepanasan dan pelbagai gelaran lagi tidak akan dituturkan dari mulut guru mahupun ibu bapa. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih juga kepada Cikgu Cheok Beegeok...

    ReplyDelete
  17. pada pendapat saya, tugas guru atau ibu bapa yang hanya memperbetulkan kemahiran menulis ataupun memperbanyakkan latihan atau pertandingan menulis sahaja adalah tidak cukup. Pernah sekali seorang murid dalam kelas saya yang bukannya lemah dari segi kemahiran menulis ataupun IQ nya, tulisannya tidak dapat dibaca oleh sesiapa walaupun diri sendiri, dan murid berkenaan berbuat demikian hanya kerana malas untuk menulis, walaupun namanya sendiri. Bagi saya, sikap malas pada murid merupakan salah satu perkara yang perlu diambil perhatian mendahului perkara yang lain.

    ReplyDelete
  18. sudah lama tidak menulis tulisan cantik tu.

    ReplyDelete